KONSEP
NILAI DAN PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA
(1)
Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui
pengalaman pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda,
Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi.
Teriakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan
memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan
negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk
menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang
kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato’ Maharajalela membunuh
J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan
menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah
barisan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib
Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita
bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu
teguh, bercerai roboh.
Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin
membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum
telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di
negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario
hari ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam
dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat
membendung penindasan seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia.
Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya perlulah
dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak sejak
kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun
Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu,
mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh
itu, kita perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam
membajai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak
yang masih berada di bangku sekolah.
(2) Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik
pelancong asing untuk melawat negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk
yang hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong akan tertarik untuk
mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka akan lebih
selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turut
tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat
negara-negara di dunia ini, namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang
dari tahun ke tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan
ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat
Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat
tempat yang tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak
H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan
baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh,
di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat
belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa Melayu ada menyatakan
bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum bukan
sahaja dapat memupuk semangat patriotik malah dapat menarik lebih ramai pelancong
asing ke negara kita.
Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini tidak terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di negara kita. Pastinya sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat telah berusaha untuk menamatkan masalah tersebut. Lantasan itu, semua penduduk di negara ini harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan perpecahan kaum. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang erat antara kaum. Sebagai contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan India. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun negara sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan kecil yang berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang berkaitan dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan kaum menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang positif agar tidak berlaku permusuhan.

(3) Dasawarsa ini, pendidikan
menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah
dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan
pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah
dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ‘Pendidikan di Malaysia
adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu
secara menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.’ Secara tidak langsung, dasar ini dapat
melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti
yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan
kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan yang sama
serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang
dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar. Izharlah bahawa
perpaduan kaum penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan
semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan
oleh kerajaan.
Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Intihanya, sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.
Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada musim perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik tolak daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan. Marilah kita bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong, di samping ekonomi negara yang semakin meningkat dengan drastiknya. Tidak mahukah kita mengecapi kejayan tersebut? Mengapa semua rakyat Malaysia masa kini bersikap membutakan mata dan memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan negara agar nama Malaysia gah di seantero dunia? Sudah pastinya terdapat jawapan bagi kesemua persoalan tersebut walaupun jawapannya berbeza-beza. Konklusinya, imej negara dapat ditingkatkan jika seluruh rakyat bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam melaksanakan dan menjayakan rancangan kerajaan yang telah bertungkus lumus untuk menyediakan perancangan kerajaan yang efektif seterusnya membawa imej negara terkenal di seluruh dunia.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Nasi Lemak
Nasi lemak merupakan makanan
kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi.
Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa,
bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi
lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan
telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan
disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati
lembu.
Lemang
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang
ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai
kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa
sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding.
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar
dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak
kaum asli di Malaysia.
Otak-otak
Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan
nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat
dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak
Johor.”Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi
kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring
roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air
tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan
keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar
di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih
panas.
MAKANAN TRADISIONAL
KAUM CINA
Kuih Bulan
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan
sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina Kuih Bulan
berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak
Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak
munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang
dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak
Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang
mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah-
tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk
memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga
kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam
perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di
buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang
merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang
menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur
yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja
Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Zong zi
Zong zi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan
tradisional Tiongkok yang terbuat dari beras ketan dan dibungkus dengan daun
bambu. Zongzi biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu
Naga yang jatuh pada bulan ke lima Imlek untuk memperingati wafatnya Qu Yuan,
seorang penyair dari zaman kerajaan Chu. Menurut legenda, Qu Yuan gagal
memperingati kaisar dan para pejabat istana untuk menghentikan perang saudara
yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan lalu membuat puisi yang berisikan
kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah air mereka. Setelah
puisi itu selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang mencuba
menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud
memberi makan para ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan. Nah,
bungkusan-bungkusan nasi itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau
Ba Tzang.
Kuih Bakul
Kuih Bakul atau Nian Gao ialah makanan cina yang
diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.. Sungguhpun boleh
dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika
sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa
perayaan ini kerana namanya “nian gao” di mana perkataan gāo berbunyi
sama dengan perkataan yang bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun
semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi
kemajuan”.Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut
sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis
itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya.
Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam
masakan Shanghai, dan masakan Kontonis dari Guangdong.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Muruku
Muruku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang
resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah
mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah
kosnya. Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad dhal dan Tepung
beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang
pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun
yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung
yang telah uli atau pun cara pemutaran.
Roti Canai
Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah
makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan
tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat
Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan
makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap
dimakan bersama dal, kari dan sambal.
Tosai
Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali
sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga
terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang
dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia
terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak
dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari
India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya
dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk
sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau
daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang
yang telah di goreng sehingga ranggup.
No comments:
Post a Comment